Saturday, August 12, 2006

Kelebihan

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi
anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan
orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda : "Akan
berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar
lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka
berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk
syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklahkedua-dua kamu
ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang
namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka." Dan telah
diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari
Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang
namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung
kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa
akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad,"
lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala
pun berfirman : "Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang
namanya sama dengan nama Muhammad" Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w.
bahawa ia telah berkata : "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan
lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad
melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda." Telah
diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw
yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan
bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad
maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada
seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala
mengurniakan berkat di dalam rumah itu" Telah bersabda Nabi saw lagi :
"Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan
dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan
masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

No comments: