Friday, March 09, 2007

Al-Khawarizmi perkenal algebra, pakar aritmetik

SUMBANGAN ilmuwan Islam mengembangkan ilmu pengetahuan pada zaman merekaturut mencelikkan masyarakat dunia hari ini menerusi pembaharuan yangdibawa dalam bidang masing-masing.Buktinya, kaedah campur, bahagi dan tolak yang dikembangkan agar menjadilebih mudah oleh Al-Khawarizmi, tidak diubah hingga hari ini sepertipendekatan algebra serta algorithma.Al-Khawarizmi atau Abu Abdullah Mohammad bin Musa adalah seorang pakardalam bidang matematik dan astronomi yang dilahirkan di Khiwarizam (satutempat dalam Russia kini).

Sewaktu pemerintahan Al-Makmum, beliau ke Baghdad dan berjaya mendapatpenghargaan serta kedudukan apabila dilantik menganggotai Baitul Hikmah(Ketua Pustakawan al-Makmum) dan wakil delegasi ke luar negara.Pencarian ilmu nombor warisan masyarakat Hindu membawa Al-Khawarizmiberjumpa seorang sarjana Hindu bernama Kankah. Beliau hanya berjayamenemuinya dalam percubaan kali kedua.Sebelum itu, beliau pernah memujuk Kankah untuk mengajarnya, tetapi gagal.Apabila sekali lagi datang membawa harapan tinggi, akhirnya Kankahbersimpati lalu mengajar Al-Khawarizmi ilmu nombor Hindu.Asas yang diperoleh daripada Kankah mendorong Al-Khawarizmi melakukanrevolusi dalam bidang matematik yang berkembang ketika zaman KerajaanAbasiyah.

Kemudian evolusi yang berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Ummaiyyahmencorakkan pula asas huruf yang kini digunakan di kebanyakan negara didunia.Pencapaian paling ulung Al-Khawarizmi ialah apabila beliau memberi nilaikepada angka kosong sedangkan dalam sistem nombor Hindu, kosong tiadanilai.Sehingga hari ini, istilah yang bermakna kosong digunakan bangsa Eropahsebenarnya berakar daripada istilah diperkenal Al-Khawarizmi sebagai sifar.

Beliau turut mengasaskan fungsi punca ganda dua dalam usahanyamenyelesaikan beberapa masalah kiraan dengan simbol asal menggunakan hurufjim, kemudian diwarisi tokoh seperti Al-Uqlidisi dan simbol itu juga sudahberubah.Al-Khawarizmi menyusun risalah kecil dalam bidang aritmetik yang dianggapsebagai pertama dalam bidang itu yang kemudiannya dikenali dengan namaAlgorizam beberapa kurun selepasnya.Beliau juga menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan Aljabarwal Muqabalah, dibiayai oleh Khalifah Abbasiyyah, Abdullah Al-Makmun yangsentiasa memberi galakan kepada mereka ingin mempelajari ilmu pengetahuan.

Antara baris yang ditulisnya dalam buku itu berbunyi: "Imam Al-Makmum, Amilal-Mikminin memerintahkan saya menerangkan sesuatu yang masih samar danmemudahkan sesuatu yang sukar."Baginda juga memerintahkan saya mengarang sebuah buku ringkas mengenaipengiraan algebra dan perbandingan kerana ia amat diperlukan dalampembahagian harta pusaka, wasiat, pembahagian hartanah perniagaan sertatransaksi.

"Sesungguhnya Al-Khawarizmi yang meninggal dunia pada 232 Hijrah/814 Masihidi Baghdad, Iraq, mempunyai kedudukan penting dalam bidang matematik samaada di Timur mahu pun di Barat.Permulaan yang diperkenalkan beliau kemudian dikembangkan ilmuwan lainkhususnya pengkaji Barat dalam kajian mereka.Siri mengenai tokoh matematik itu turut memperlihatkan jasa Al-Khawarizmiyang turut mendapat komentar sebilangan tokoh sarjana Islam di pelosokdunia antaranya Nasaruddin Al-Tusi yang memperbaharui bidang trigonometri.

Kitab dihasilkan Al-Uqlidisi pula adalah antara bukti bahawa kaedah pecahanperpuluhan diasaskan dalam zaman Islam manakala Omar Khayam menjelaskansecara lanjut mengenai persamaan kubik.Kini, bidang matematik di Malaysia seiring arus perdana seperti dibuktikanPengarah Institut Penyelidikan Matematik Universiti Putra Malaysia, ProfDatuk Dr Kamel Ariffin.Beliau berjaya menghasilkan satu-satunya perisian komputer sepenuhnyamenggunakan bantuan animasi untuk pembelajaran calculus sehingga mendapatpengiktirafan peringkat antarabangsa

No comments: