AHLI sejarah Islam berselisih pendapat orang yang pertama memasangAl-Kiswah atau kelambu Kaabah. Ada yang mengatakan Nabi Ismail yang memulakannya dengan menggunakan kain yang dibuat daripada kulit haiwan.Pendapat lain pula mengatakan orang yang mula-mula memasangnya ialah Adnan Udda.Sementara satu pendapat yang agak masyhur pula mengatakan Tubba Abu KarbAs'ad, Raja Yaman, orang yang pertama memasang Al-Kiswah iaitu 220 tahun sebelum berlakunya hijrah. Beliau menggunakan sejenis kain buatan Yaman yang ditenun dengan benang perak bagi menutup sekeliling Kaabah.Sejak itu, raja dan pembesar di kalangan orang Arab meneruskan tradisi berkenaan.
Mereka memasang yang baru di atas kelambu lama, menjadikannya bertompok dan dibiarkan hancur.Pada masa penguasaan kaum Quraisy, iaitu sebelum kedatangan Islam, mereka menggunakan kain sutera sebagai Al-Kiswah.Qusai Kilab memperkenalkan cukai khusus bagi menyediakan Al-Kis wah setiapkali perlu diganti.Tirai atau kelambu turut dipasang dalam Kaabah. Orang pertama melakukannya ialah Nabilah Hibban, ibu kepada Abbas Abdul Muttalib.
Rasulullah SAW mula memasang Al-Kiswah pada tahun ke-8 hijrah iaitu tahun penaklukan kota Makkah oleh orang Islam. Baginda menggunakan kain tenunanYaman. Pemasangan itu diikuti oleh Khalifah Abu Bakar dan Umar.Ketika pemerintahan Saidina Uthman pula digunakan kain Qibti. Pada pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Dinasti Ummaiyyah,Hajjaj bin Yusuf ath-Thaqafi, seorang pembesarnya menggunakan kain sutera untuk Al-Kiswah.Perhatian berat terhadap penyediaan Al-Kiswah mendorong Raja Mesir Sultanal Malik as-Saleh Ismail ibnu an-Nasir Qalawun membeli tiga kampung, Basus,Sandabis dan Abil Ghit di daerah Qalyub pada tahun 743 Hijrah (1342Masihi), untuk dijadikan wakaf bagi mendapatkan hasil tenunan untuk membuat Al-Kiswah.
Kemudian, Sultan Salim Al Usmani membeli pula tujuh kampung bagi tujuan sama.Sewaktu Mesir diperintah oleh Mohammad Ali Basya, diwujudkan pula jawatankhusus bagi urusan pembuatan Al-Kiswah.Kelambu Kaabah yang dihasilkan di Mesir itu akan dikirim setiap tahun keMakkah menjelang musim haji melalui Sinai.Namun urusan ini akhirnya dicampur adukkan dengan politik dan menjadi bahan tawar-menawar.Pada tahun 1343 hijrah (1924/1925 masihi) berlaku peperangan antara pemerintah Makkah ketika itu, Syarif Hussin dengan Al-Malik Abdul Aziz binAbdul Rahman As-Saud, yang mana dimenangi oleh Al-Malik Abdul Aziz.Pada masa itu pemerintah Mesir mengambil keputusan tidak menghantar kelambu Kaabah pada saat tibanya musim haji.Tindakan itu mengejutkan masyarakat Makkah yang segera menyampaikan berita itu kepada Raja Abdul Aziz dan memberitahu ada sebuah kelambu Kaabah buatan Iraq yang lengkap dan masih belum dipakai.Lantas Raja Abdul Aziz mengeluarkan perintah supaya kelambu itu dikeluarkan dari gudang dan dipakaikan kepada Kaabah.
Peristiwa itu turut meresahkan beberapa ulama Mesir kerana penyediaan kelambu Kaabah bukan daripada dana kerajaan Mesir, sebaliknya diambil dari harta wakaf, khusus untuk kelambu Kaabah.Tindakan pantas memasang kelambu itu menghairankan pemerintah Mesir kerana bagaimana dalam tempoh 10 hari saja, Raja Abdul Aziz dapat menyiapkanAl-Kiswah dengan cukup lengkap.Mengambil iktibar daripada peristiwa itu, Raja Abdul Aziz memutuskan untuk mendirikan sebuah kilang khusus untuk membuat Al-Kiswah.
No comments:
Post a Comment