ETHIOPIA negara tertua yang tidak pernah dijajah dalam sejarah di benuaAfrika. Kemakmuran negara ini menggambarkan keadilan pemerintah silamnya.Ia pernah diperintah oleh raja yang bergelar Najasyi dan kerajaan ketikaitu menjangkau hingga ke Sudan, sebahagian dari Mesir dan Somalia itulahHabsyah.
Selain dikenali sebagai Habsyah di kalangan bangsa Arab, ia dikenalisebagai Abisinia sehingga kurun ke-20. Hari ini, Ethiopia merujuk kepadakedua-dua nama itu. Ethiopia muncul sebagai negara pertama hijrah umatIslam Makkah sebelum berpindah ke Madinah.Keadilan raja dan keharmonian penduduknya menarik perhatian Rasulullah SAWsehingga Baginda memerintah sahabatnya berhijrah ke sana buat sementarawaktu.
Hubungan Ethiopia dengan tanah Arab wujud sejak zaman Nabi Sulaiman dannegeri itu juga pernah berada di bawah pemerintahan Ratu Balkis, iaitupemerintah kerajaan Saba'. Selepas kelahiran Nabi Muhammad hubungankedua-dua negara ini semakin rapat melalui peristiwa hijrah.Penindasan yang dideritai oleh umat Islam di Makkah menyebabkan Rasulullahdiwahyukan agar mereka berhijrah ke Habsyah.Habsyah dipilih kerana rajanya adil. Mereka bergelar Najasyi dalam bahasaTigrinya, raja.
Selain itu, kisah Najasyi diketahui oleh Rasulullahmenerusi rombongan perniagaan mereka yang menyeberang Laut Merah ke tanahArab.Rombongan Hijrah yang pertama ialah seramai 11 lelaki dan empat wanita,antaranya Uthman bin Affan, isterinya Ruqaiyyah binti Rasulullah, AbdulRahman bin Auf dan beberapa sahabat lain. Rombongan itu disambut baikNajasy yang menganggap mereka sebagai tetamu istimewa.
Tetapi, selepas tigabulan mereka kembali ke Makkah kerana faktor geografi di sini yang berbezadan selepas Saidina Hamzah serta Umar al-Khattab memeluk islam.Jika Ethiopia menyimpan jasad Najasyi, negara jirannya, Eritrea berbanggadengan lokasi pertama sahabat Rasulullah menjejaki kaki mereka. Di sanalahbermulanya segala episod sejarah hijrah dan perjuangan mereka. Negara yangsinonim dengan pergolakan, rakyatnya pula sudah biasa mengharungipeperangan selama 30 tahun.
Eritrea di Afrika Timur Laut baru mengecapi kenikmatan kemerdekaan dariEthiopia, pada 1993. Negara ini mendapat nama daripada perkataan Yunaniyang bermaksud Semenanjung. Sebahagian ahli sejarah Afrika mengatakankalimah itu berasal daripada bahasa Arab 'irt' yang bermakna api yangbernyala kemerah-merahan. Orang Yunani menambahkan sebutan 'ea' di hadapanperkataan irt sebagai rujukan kepada bangsa mereka. Akhirnya negara inidipanggil Eritrea.
Sebagai negara pertama menjadi lokasi hijrah, Eritrea agak istimewaberbanding negara Afrika lain. Seperti diketahui bahawa Islam masuk keEritrea melalui hijrah sahabat. Seperti juga diketahui bahawa Nabi cubamenjalankan dakwah di Makkah, tetapi ditentang oleh Musyrikin Quraisy.Malah, hanya sedikit kalangan mereka yang beriman dengannya. Mereka yangmemeluk Islam berhadapan dengan kesukaran dan seksaan.
Selepas Nabi melihat segala bentuk seksaan yang dilakukan kaum Musyrikin keatas mereka, lalu Baginda bersabda: "Bagaimana jika kamu berhijrah?"Lalu sahabat bertanya: "Ke mana ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Pergilahke bumi Habsyah. Sesungguhnya rajanya tidak pernah menzalimi seseorang dania adalah bumi kebenaran."Selepas itu, sahabat pun berhijrah ke Habsyah secara rahsia. Merekaberhijrah melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritrea. Habsyah danEritrea adalah negeri yang sama kerana dulu semuanya dikenali sebagaiHabsyah.
Friday, March 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam
SAlam...
lama dah tak baca artikel pnjang lebar ni..
hehehe...
salam ziarah dari cerita mungkar
Salam kingbinjai. saudara mempunyai blog yang pelbagai sehingga rambang fikiran saya dibuatnya :D
Post a Comment