Friday, March 09, 2007

Hikmah sebalik perjanjian Hudaibiyah

PERJANJIAN Hudaibiyah yang ditandatangani pada tahun keenam hijrah adalahantara peristiwa penting dalam Zulkaedah, bulan ke-11 dalam kalendar Islam.Pada tahun itu, Rasulullah SAW berserta kaum muslimin seramai 1,400 orang,menuju kota Makkah untuk mengerjakan umrah di luar musim haji. Ketika itulah, rombongan itu bertembung dengan kaum Quraisy dan berlakuperundingan.Kaum Quraisy Makkah sebenarnya masih berdendam dengan kaum Muslimin, apatahlagi selepas Rasulullah dan pengikutnya hidup aman tenteram dengan agamaIslam yang terus berkembang luas di Madinah.Bangsa Quraisy gentar melihat barisan kaum Muslimin, lantas tidak berani mengganggu. Sebaliknya, mereka mengajak kaum Muslimin berunding bagi mencapai perdamaian. Dalam perundingan itu, mereka bersepakat mengadakan perdamaian dikenali sebagai perjanjian 'Hudaibiyah'.

Perkara pertama dalam perjanjian itu menyatakan bahawa gencatan senjataakan diadakan selama empat tahun antara dua puak berkenaan.

Perkara kedua, menyatakan bahawa golongan Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan kepada orang Islam. Bagaimanapun, jika ada pihak Quraisy yang lari ke pihak Islam, dia harus dikembalikan kepada orang Quraisy.

Perkara ketiga ialah, pada tahun perjanjian itu dibuat, Rasulullah bersertapengikutnya tidak dibenarkan melakukan ziarah ke Kaabah. Mereka hanyadibenarkan mulai tahun berikutnya dengan syarat tidak membawa senjata sertatidak dibenarkan tinggal di Makkah lebih daripada tiga hari.

Akhir sekali, sesiapa saja daripada bangsa lain (bukan Quraisy) dibolehkanuntuk menjadi pengikut Nabi atau memasuki golongan Quraisy.

Namun, selepas perjanjian ditandatangani, sahabat Nabi, Umar bin Khattabkurang senang dengan perkara kedua dan ketiga daripada perjanjian itu. Umar pun bertanya kepada Abu Bakar: "Ya Abu Bakar, mengapa Rasulullah mahu merugikan agama Islam?

"Dalam surat perjanjian, ada dinyatakan bahawa orang Islam harusmengembalikan golongan mereka yang hendak masuk kepada pihak kita tetapisebaliknya, jika golongan kita lari ke pihak mereka, maka mereka menerima orang Islam itu."Apakah ini adil?"Begitu juga perjanjian ketiga yang merugikan kita kerana kaum Muslimin tidak boleh melakukan ibadat haji ke Makkah, padahal kita tidak takut sedikit pun kepada mereka.

"Jawab Abu Bakar: "Wahai Umar, saya pun mulanya mempunyai perasaan sepertiengkau, tetapi saya fikir, Rasulullah bukan orang yang bodoh.Baginda mengerjakan sesuatu dengan petunjuk daripada Allah dan tentulah inipun mengandungi hikmah yang besar sekali kepada kita sekalian."

Kedua-dua sahabat itu pun meminta penjelasan daripada Rasulullah.Sabda baginda: "Sebenarnya ia tidak merugikan kita pun kerana golongan Islam mustahil melarikan diri kepada mereka untuk meminta perlindungan,tetapi jika ada, itu menandakan orang berkenaan sudah murtad dan tidak berguna bagi kita."

Jika orang daripada pihak mereka melarikan diri kepada kita, kita harus mengembalikan mereka kerana orang yang lari itu belum tentu akanmendatangkan keuntungan kepada orang Islam sebab mereka mungkin pengintipdan sebagainya."

Orang yang lari itu, jika dia berasa dirinya tidak aman dalam golongankaumnya sendiri, biarlah mereka mencari jalan lain, iaitu hijrah ke tempatlain dan ini akan merugikan golongan Quraisy itu sendiri."

Selepas mendengar penjelasan itu, kedua-dua sahabat Nabi itu senang danpuas hati.Rupa-rupanya, ramalan Nabi itu benar-benar berlaku selepas perjanjianberkenaan dimeterai.Orang yang melarikan diri itu walaupun menangis meminta dikasihani dandilindungi tetapi disebabkan Rasulullah jujur dalam perjanjian yang dibuat,Baginda menolak semua yang datang kepadanya. Disebabkan permintaan golongan itu tidak dikabulkan, mereka mencari perlindungan di merata tempat menyebabkan semakin ramai golongan Quraisy lari untuk mencari keamanan dan keselamatan diri.

No comments: