Friday, March 09, 2007

Uthmaniyah

TENTERA Uthmaniyah digeruni kerana semangat jihad menjulang panji Islam.Mereka mempunyai kemampuan tempur yang tinggi, perancangan bijak dankelengkapan terbaik yang membawa kemenangan kepada Turki dalam usahameluaskan empayarnya.

Muhammad Al-Fatih adalah sultan Uthamaniyah pertama merintis kemenangandalam pertempuran di laut apabila baginda mengerahkan armada dengankekuatan 180 kapal perang dari Gallipoli menuju Laut Aegean pada 1456.Sejarah Cyprus dan Turki bermula sejak 1570 dan pendaratan tentera Turki dipantai pulau itu pada 20 Julai 1974 adalah satu rahmat bagi lebih 200,000rakyat Cyprus Utara berketurunan Turki.Etnik Greek, Greek Cypriot melancarkan kempen Enosis yang menyaksikangerakan penghapusan etnik bagi mewujudkan sebuah negara Cyprus yang bersatudengan Greece.

Kedatangan tentera Turki ibarat doa yang dimakbulkan Tuhan keranakesengsaraan selama sedekad dirasakan etnik Turki, akhirnya selesai dengancampur tangan kerajaan itu. Sekali gus memisahkan Cyprus kepada dua entiti,utara dan selatan.Girne Kapisi atau Kyrenia Gate menyaksikan seribu satu detik peristiwasehingga terbentuk negara republik yang muda, kerajaan merdeka RepublikTurki Cyprus Utara tanggal 15 November 1983.

Kisah lama berpalit darah dan air mata empat dekad lalu masih segar dalamingatan warganya yang menyaksikan ribuan etnik Greek menyeberangi sempadanke Cyprus Selatan selepas pulau itu dibahagi dua.Tindakan sama dibuat etnik Turki yang berhijrah ke utara untuk memulakankehidupan baru lebih aman.Hari ini negara kecil yang terpinggir itu berusaha mendapat pengiktirafandunia dan pada masa sama berhasrat untuk turut menyertai blok ekonomiEropah.

Sejak kurun keenam dan ketujuh hijrah, tasawuf mengambil tempat dalamkehidupan umat Islam hingga menjadi falsafah hidup yang diamalkan secaraindividu pada mulanya dan perlahan-lahan berkembang sebagai organisasi diserata dunia Islam.Jika di Libya dan Afrika Utara kelompok tarikat muncul sebagai kumpulanpejuang menentang penjajahan Eropah, di Cyprus pula tarikat Maulawiyahmenyumbang kepada pembangunan sosial dan kebajikan masyarakatnya.

Generasi tua Cyprus masih mengingati detik bersejarah sekitar tahun 50-anketika penduduk pulau itu mengangkat senjata cuba mengusir penjajahBritish.Oleh itu, keamanan hari ini mahal nilainya bagi generasi baru Cyprus Utarakerana walaupun konflik 11 tahun antara etnik Turki dan Greek berakhir,hubungan antara dua wilayah yang berkongsi pulau Cyprus masih terasategangnya.Sebagai negara republik demokratik yang sekular, majoriti penduduk CyprusUtara adalah Muslim, hasil sejarah, budaya dan bahasa yang dikongsi bersamamasyarakat tanah besar Turki.

Sejarah kehadiran tentera Uthmaniyah memasuki Lefkosa pada 1570 menamatkanzaman penindasan rakyat oleh Venetian akan terus dikenang. Begitu jugapemberontakan orang Greek terhadap kerajaan walaupun ia tidak seburukkonflik etnik 1963 lalu.Peninggalan kesan sejarah di pulau Cyprus Utara ternyata membawa peringatandan pengajaran agar kejadian lalu dikenang bagi mengelak kesilapan daripadaberulang.

No comments: